Pusuk terbang pengedar Ikan Bilis di sekitar Kuching Sarawak
Pusuk Terbang adalah salah satu syarikat pengedar Ikan Bilis di sekitar Kuching Sarawak. Pusuk Terbang kini beroperasi di Lot Unit kedai Koi Joo Lane Kuching dan Metrocity Matang. Ikan bilis yang dijual adalah terus dari kilang pemprosesan bilis di Sabah yang mengutamakan kualiti bilis dan tidak mengubah rasa bilis sebenar.
Pusuk Terbang adalah salah satu perniagaan makanan kering di bawah Syarikat Abdul Rahman Mat Group Sdn Bhd yang kini beroperasi penuh di Sarawak. Selain daripada itu juga, Pusuk Terbang juga ada mengedar pelbagai jenis ikan bilis dan ikan kering. Diantara ikan bilis yang menjadi pilihan ramai adalah iakan bilis belah A dan ikan bilis bulat kecik kerana mudah dimasak dan tidak perlu pembersihan rapi.
Bilis Belah kecil (BK)
Ikan Bilis Belah Kecil (BK) atau Bilis Belah Gred A ini merupakan ikan bilis yang telah dipilih dan dibelah. Kelebihan ikan bilis ini adalah mudah dan senang, sudah tidak perlu nak bersih lagi kerana proses yang dibuat oleh Pusuk Terbang untuk mengeluarkan bilis ini sangat rapi dan mementingkan kebersihan tempat dan bilis itu sendiri.
Kelebihan pada bilis belah ini banyak, terutamanya kepada restoran yang menyediakan makanan panas. mereka tidak perlu untuk membuang masa untuk belah bilis atau nak bersihkan bilis untuk buang kepala atau perut bilis. Hanya cuci dan terus dicampurkan ke dalam makanan semasa memasak. Sangat mudah dan Pusuk Terbang sentiasa mengekalkan kualiti dan rasa bilis. Masakan anda akan lebih beraroma dan sedap.
Selain daripada itu, manfaat kesihatan ikan bilis seperti kandungan protein, kalsium, dan asam lemak omega-3 kekal di dalam bilis kerana Pusuk Terbang mengekalkan cara tradisional untuk memproses terutama proses pengeringan bilis tersebut. Dijemur di bawah Cahaya Matahari yang terik dengan mengekalkan kebersihan semulajadi ke atas bilis tersebut.
Proses Pengeringan Tradisional
Bilis belah ini juga sesuai digunakan untuk beberapa resepi masakan termasuklah masi lemak. Berikat adalah diantara masakan yang yang sesuai menggunakan bilis :
Bilis Cili Perah Limau
Bilis Goreng Kicap
Bilis Tumis Asam
Bilis daripada Pusuk Terbang mempunya sambutan yang sangat menggalakkan dan ramai yang berpuas hati dengan dengan kualiti bilis dan perkhidmatan yang diberikan. Ada yang repeat order. Testimoni yang kami terima sangat bagus dan berpuas hati.
Selain daripada itu juga, kami di Pusuk Terbang menyarankan cara penyimpanan bilis juga diambil kira supaya bilis nampak lebih segar dan kualiti bilis tidak terjejas. Cara penyimpanan yang bagus adalah di dalam tempat yang sejuk, kering dan gelap. Hindari daripada terkena cahaya matahari, kalau tak bilis tersebut akan keras.. Boleh juga anda sediakan simpanan kedap udara seperti balang kaca atau bekas plastik yang ketat. Pastikan bekas tersebut kering sebelum digunakan.
Botol Kaca dan kedap udara sangat sesuai untuk menyimpan bilis
Anda peniaga kedai runcit, anda peniaga kedai makan atau restoran, anda nak berniaga sambilan dirumah, anda boleh membeli secara borong kepada Pusuk Terbang. Kami amat mengalu-alukan. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh terus berhubung dengan Pusuk Terbang. Klik link di bawah.
Hubungi Kami