Elementor #11

KENALI SIAPA MAN BINTAWA

Seorang yang banyak idea dalam meningkatkan taraf hidup daripada seorang BUDAK KAMPUNG kepada seorang yang bermatlamat tinggi dan ingin berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Aktiviti harian semasa berada di kampung adalah lebih kepada permainan kampung seperti main lastik getah, main penutup botol dan yang paling rare adalah mandi sungai. Hahaha… pernah suatu ketika dahulu di kejar oleh ayah sampai tak cukup tanah nak lari sebab mandi sungai.

Hidup dalam serba kekurangan dan yang paling sedih bila tiba musim hari raya. Ibu beliau jahit sendiri baju melayu dan baju kurung anak-anak untuk memenuhi niat hanya nak sambut hari raya seperti orang lain. Masa tu beli kain dan yang lainnya mak akan uruskan.. Daripada mengukur, memotong dan sekali gus menjahit. Esok nak raya baru siap baju anak-anak dijahit. Kikiki.. teringat masa tu.. tergelak semua adik beradik bila mengingat kisah tu..

Tapi itu bukan penghalang kepada kegembiraan berhari raya. Duduk di Kawasan kampung yang dikenali sebagai KAMPUNG BINTAWA HILIR daerah Petrajaya Kuching Sarawak, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang cukup nakal. Biasalah, nakal kanak-kanak. Kejap kesana, kejap ke sini dan kejap berbasikal, kejap duduk melepak dengan kawan-kawan seusianya.

Pernah dulu baju melayu koyak di kaki seluar sebab tersangkut dengan padel basikal. Nangis dan takut nak balik rumah sebab mak dah pesan, pakai baju nie elok-elok dan jangan sampai koyak atau rosak. Bila balik tu, senyap-senyap ambil jarun dan benang jahit dan tampal sendiri. Buatlah macam mana pun, dah Namanya mak mesti tau baju kita dah koyak.

Bermula pada hari itu, beliau bercita-cita nak “reka” baju melayu dengan menggunakan ideanya sendiri dan pernah dulu terdetik nak bantu orang lain untuk mereka mengembirakan hati orang yang mereka sayang. Dengan rekabentuk baju melayu dan fabrik yang cukup berkualiti dapat membuatkan seseorang merasa selesa dan berkeyakinan dan yang paling penting adalah kepuasan kepada mereka yang menggunakan baju melayu yang beliau “reka”.

Inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bertahun-tahun untuk mencuba nasib dalam perniagaan pakaian dengan berbekalkan cita-cita, tidak sampai kemana. Jual baju selang 3 bulan bungkus sehingga perkara tersebut berlarutan beberapa tahun. Sehingga beliau merasa ingin mengalah dan tidak dapat nak menunaikan cita-cita dan harapan untuk membantu orang lain. Beliau tidak mahu orang muda masa kini yang hidup dalam kemodenan tidak dapat merasa keseronokan semasa menjelmanya hari raya sepertimana yang beliau pernah alami dahulu.

Sedih sangat bila memikirkan perkara tersebut, sehinggakan beliau melupakan untuk berputus asa. Beliau sekali lagi bangkit dengan harapan cita-cita yang di pegang bertahun lamanya akan tercapai. Mulakan dengan menimba ilmu dan Teknik pemasaran online. Orang kampung manalah pandai nak online-online nie kan.. Tapi beliau tetap berusaha. Bak kata orang lama, nak menaip menggunakan computer seperti ayam mematuk beras.. Satu-satu beliau ketuk dan lama kelamaan telah menjadi pakar.

Itulah yang dikatakan berusaha sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berkat usaha yang beliau tunjukkan telah membuahkan hasil yang sangat tidak disangka-sangka tanpa disedari, beliau telah Berjaya hasilkan satu rekabentuk baju melayu moden dan menjadi kesukaan ramai pada kini.

Ianya terbukti pada penghujung tahun 2020, beliau telah berjaya mengetengahkan rekabentuk baju melayu beliau yang diberi nama “wafiy” di bawah sebuah syarikat pengeluar pakaian lelaki dan perempuan yang didaftarkan di Bandar Puncak Alam Selangor. Nama syarikat yang dimaksudkan adalah ARM Design Collection. Baju melayu yang mempunyai poket seluk di bahagian atas dan kegunaan baju melayu tersebut bukan sekadar digunakan pada hari raya sahaja, malah boleh juga dijadikan sebagai baju melayu Jumaat, Baju meleyu kenduri, baju melayu harian, baju melayu akad nikah dan yang paling PADU adalah baju melayu kahwin atau sanding. Ini kerana fabric yang digunakan adalah jenis febric yang berkualiti tinggi iaitu Valentino Soluna Dull Satin.

Apa yang berlaku adalah, beliau telah membantu ramai ibu bapa yang terkesan dengan pendamik Covid-19. Ibu bapa yang hilang pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa itu. Beliau telah membantu ibu bapa yang ingin membuatkan keluarga mereka gembira bila menjelang hari raya. Bantu dengan cara macam mana? Dengan memberikan dan menerima pembayaran seikhlas hati demi untuk mencapai cita-cita beliau suatu ketika dahulu. Beliau juga telah membantu ramai orang muda dengan mewujudkan peluang untuk berniaga dengan menjual pakaian baju melayu tanpa MODAL.

Cita-cita beliau telah tercapai dan ini adalah permulaan kepada perjalanan kisah beliau. Akan ada lagi kisah yang lain yang pasti akan berlaku. Beliau begitu teruja selepas berada di dalam langkah yang lebih ke depan daripada sebelum ini.

Beliau yang dimaksudkan adalah ABDUL RAHMAN BIN MAT dengan nama panggilan Man Bintawa yang merupakan seorang BUDAK KAMPUNG BINTAWA yang nakal dan kini sudah mempunyai perniagaan pakaian baju melayu dan baju kurung yang mempamerkan rekaan tersendiri sehingga mendapat tempat di hati peminat pakaian baju melayu.

Begitulah yang dikatakan rezeki tidak datang bergolek malah perlu berusaha untuk mencapai satu-satu matlamat atau cita-cita. Perlu ada ilmu, kemahiran dan yang paling penting pengalaman dalam bidang yang kita ingin ceburi.
Sekian..

Saya akan berusaha untuk mencapai cita-cita untuk membantu lebih ramai lagi orang di luar sana dengan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan TANPA MODAL. Tuah AYAM Nampak di KAKI, Nasib MANUSIA siapa yang tahu. Keyakinan dan kecekalan akan memberi
Peluang kepada anda untuk terus maju ke hadapan demi mencapai cita-cita yang telah lama tersemat dalam jiwa.

ABDUL RAHMAN MAT
Pengarah
ARM Design Collection
No 23A, Jalan Bestari Niaga 3
Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam
42300 Puncak Alam
Selangor