Penahanan dilakukan sekitar tengah hari pada 10 Januari 2025.
TERKINI – Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen TV tempatan ditahan oleh polis. Kejadian ini mengejutkan Sarawak apabila seorang eksekutif kanan dari pengurusan tertinggi stesen TV tempatan ditangkap oleh sepasukan polis Bukit Aman.
Penangkapan ini mencetuskan pelbagai tanda tanya kerana pihak polis dan media utama masih belum mengungkapkan punca sebenar penahanan tersebut.
Pegawai tersebut telah ditahan dan dibawa ke pejabatnya untuk proses penggeledahan. Menurut laporan media tempatan, polis Bukit Aman tiba di pejabat stesen TV sekitar jam 2:15 petang, membawa eksekutif tersebut dalam keadaan bergari.
Mereka dilihat memasuki ibu pejabat stesen TV berkenaan, dipercayai untuk melakukan penggeledahan. Selepas kira-kira sejam, eksekutif tersebut dibawa keluar pada jam 3:15 petang.
Rakaman video dan gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan eksekutif tersebut mengenakan topi dan pelitup muka semasa diiring keluar dari pejabat.
Difahamkan, beliau baru sahaja kembali daripada menunaikan umrah sebelum penahanan tersebut dilakukan.
Cubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, tidak berhasil kerana beliau sedang dalam tempoh tidak bertugas.
Kunjungi laman web kami hari ini di rahmanmat.com dan mulakan langkah anda!
ABDUL RAHMAN MAT GROUP SDN BHD
Pejabat Urusan – Kuala Lumpur – No 68, Lorong Naluri Sukma 8/14, 42300 Bandar Puncak Alam, Puncak Alam Selangor – 012-6568704
Pejabat Urusan – Kuching – No.7B(Sublot 46), Lot 14179, Section 65, Kuching Town Land District, Metrocity Commercial Precinct, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak – No Tel : 082-646 941