Dari Modal RM200 ke Empayar Fesyen – Kisah Inspirasi ARM Design Collection!

Butik Pertama ARM di Puncak Alam – Sumber ARM

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama, dan kisah ARM Design Collection adalah bukti bahawa usaha dan kesungguhan mampu membawa seseorang ke tahap luar biasa. Perniagaan ini bermula dengan hanya RM200 – membeli barangan daripada orang lain dan menjualnya semula dengan penuh keazaman. Kebiasaan pelanggan beliau adalah daripada kalangan kawan-kawan dan keluarga. Pada masa itu belum ada lagi ilmu berniaga nie. Semua langgar ja. Bermula daripada seorang budak kampung yang dikatakan suka mandi sungai dan bermain basikal bersama kawan-kawan sehinggalah menjadi seorang usahawan yang sedang menapak naik sedikit demi sedikit.

Langkah Awal yang Membawa Kejayaan

Dengan modal yang kecil, perniagaan ini berkembang sehingga mampu membuka butik pertama di Puncak Alam. Keluarga menjadi tulang belakang kejayaan, memberikan sokongan moral dan dorongan yang sangat bermakna.

Tidak berhenti di situ, ARM Design Collection melangkah lebih jauh dengan mengambil alih sebuah kilang jahit dengan modal sebanyak RM17,000. Langkah berani ini membuka peluang lebih luas untuk menghasilkan produk fesyen berkualiti tinggi.

Pelaburan Besar, Impian Lebih Besar

Komitmen terhadap industri fesyen terus berkembang dengan pembukaan butik baru yang menelan belanja RM150,000. Impian untuk memperluaskan jenama menjadi kenyataan apabila ARM Design Collection berjaya menembusi pasaran Kuching, Sarawak.

Kini, ARM Design Collection bukan sahaja menawarkan pakaian berkualiti tinggi, tetapi juga mengukuhkan kehadiran di lokasi strategik, menjadikan jenama ini lebih dekat dengan pelanggan.

Dari Modal RM200 ke Empayar Fesyen – Kisah Inspirasi ARM Design Collection!

Sempena Hari Raya, ARM Design Collection menyediakan pelbagai promosi eksklusif: ✨ Voucher Diskaun RM20 – Tebus sekarang untuk penjimatan hebat! ✨ Tapak Jualan Strategik – Kunjungi kami di lokasi berikut:

  • Bazaar Raya Satok
  • Bazaar Raya Majma Mall
  • Butik ARM Design Collection Metrocity Kuching ✨ Baju Melayu Hanya RM85! – Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di Riverside Mall Kuching.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bergaya di Hari Raya dengan koleksi terbaik dari ARM Design Collection.

Tebus voucher anda sekarang dan nikmati promosi hebat ini sebelum kehabisan!

Sebuah kisah yang telah dirakamkan dan diceritakan oleh ARM sendiri. Tonton video ini!!

Kunjungi laman web kami hari ini di rahmanmat.com dan mulakan langkah anda!

ABDUL RAHMAN MAT GROUP SDN BHD

Pejabat Urusan – Kuala Lumpur – No 68, Lorong Naluri Sukma 8/14, 42300 Bandar Puncak Alam, Puncak Alam Selangor – 012-6568704

Pejabat Urusan – Kuching – No.7B(Sublot 46), Lot 14179, Section 65, Kuching Town Land District, Metrocity Commercial Precinct, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak – No Tel : 082-521 656

Butik ARM Design Collection – Lot GS18A (Sublot 96), Metromall, Metrocity Square, 93050 Kuching, Sarawak. – 016-6118704

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×