Dadali bakal kembali hiburkan peminat tempatan awal 2024

KUCHING : Kumpulan pop sensasi Indonesia Dadali bakal kembali menghiburkan peminat tempatan bulan ini.

Penyanyi Dadali, Dyrga Dadali memberitahu khabar gembira itu ketika membuat persembahan hari kedua konsert Borneo SarxIndo di Kampung Budaya Sarawak, pada 30-31 Disember tahun lalu..

Pada 13 Januari yang lepas mereka berada di Sabah International Convention Centre untuk membuat persembahan.

Selain itu Dadali turut melaungkan keterujaan mereka kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di Bumi Kenyalang ini. Sarawak terbaik!” laung Dadali.

Dadali merupakan kumpulan Indonesia yang mula menempah nama sejak tahun 2009.

Di konsert Borneo SarxIndo, Dadali mempersembahkan beberapa lagu popular mereka antaranya “Mendua”, “Disaat Aku Tersakiti” dan “Disaat Aku Mencintaimu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×