
Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 tahun ini, ARM Design Collection Metrocity ingin berkongsi kegembiraan bersama pelanggan setia dengan menganjurkan satu program istimewa iaitu Peraduan Beli & Menang Merdeka 68. Program ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan yang tidak pernah putus memberikan sokongan sejak butik ini beroperasi.

Apa yang menariknya, cara untuk menyertai peraduan ini sangat mudah. Bermula pada 17 Ogos 2025 sehingga 30 Ogos 2025 jam 12 tengah hari, setiap pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM20 ke atas di Butik ARM Design Collection HQ Metrocity secara automatik layak untuk mengisi borang penyertaan cabutan bertuah. Borang ini boleh didapati terus di kaunter butik selepas membuat pembelian, dan jangan lupa untuk sertakan resit sebagai bukti. Lokasi butik boleh dirujuk di peta Google ini bagi memudahkan pelanggan datang berkunjung.
Bagi pelanggan yang lebih gemar membuat pembelian secara online, ARM Design Collection turut menyediakan peluang untuk anda menyertai peraduan ini. Hanya perlu membuat pembelian Produk Premium Nano Glass melalui laman web rasmi di rahmanmat.com. Selepas membuat pembelian, anda boleh terus menghantar mesej ke WhatsApp 012-6568704 untuk mendapatkan link borang penyertaan.

Cabutan bertuah ini akan berlangsung pada 31 Ogos 2025, bertepatan dengan hari penuh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Seramai enam orang pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah wang tunai, dengan seorang pemenang utama akan menerima RM168 dan lima pemenang saguhati masing-masing akan menerima RM68.

Program Peraduan Beli & Menang Merdeka 68 ini diharap dapat menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di samping memberikan peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah dengan lebih seronok. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Setiap pembelian anda bukan sahaja memberi nilai kepada penampilan bergaya, malah berpeluang membawa pulang hadiah tunai yang lumayan.
Marilah bersama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan bergaya bersama ARM Design Collection.
Kunjungi laman web kami hari ini di rahmanmat.com dan mulakan langkah anda!



Pejabat Urusan – Kuala Lumpur – No 68, Lorong Naluri Sukma 8/14, 42300 Bandar Puncak Alam, Puncak Alam Selangor – 012-6568704
Pejabat Urusan – Kuching – No.7B (Sublot 46), Lot 14179, Section 65, Kuching Town Land District, Metrocity Commercial Precinct, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak – No Tel : 082-521 656