TYT Sarawak Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Masyarakat.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Majlis Bersungkei

KUCHING: Tuan Yang Terutama(TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berbuka puasa bersama masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang dan Padungan.

Beliau bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Premier( Intergriti dan Ombudsman) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, ADUN Satok Dato Ibrahim Baki dan hadirin yang lain turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal dan Ketua-Ketua Jabatan.

Jemputan lain terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Muslim DUN Satok, DUN Semariang dan DUN Padungan, Kejuruteraan dan Limbungan Brooke, JWKS, Jabatan Hutan Sarawak, Persekutuan Sarawak, FELCRA, PPKS, Jabatan Kemajuan Masyarakat Persekutuan Negeri Sarawak (KEMAS) dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – ARM

Gamabar-gambar semasa Majlis..

Kepada yang ingin menambah pendapatan dan ingin menjadi Agen ARM boleh hubungi 0126568704 untuk keterangan lanjut.

ARM Design Collection Kuching
Lot GS18A (Sublot 96), Metromall, Metrocity Square, 93050 Kuching, Sarawak.
Nurasimah Mat
0166118704

ARM Design Collection HQ
No 20 Koi Joo Lane
93000 Kuching Sarawak
Nuridah Mat
0163118704

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *