369 Penduduk Terjejas Banjir Di Debak Dipindahkan

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga ADUN Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu

DEBAK: Seramai 369 orang penduduk telah dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku di Kampung Melayu Debak melibatkan Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu sejak Jumaat.

PPS Debak bertempat di Dewan Millennia Debak telah dibuka pada Jumaat seawal jam 1 pagi setelah pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerima laporan tentang kejadian banjir tersebut.

Manakala PPS kedua di Dewan Perpaduan Debak dibuka di Dewan Perpaduan Debak pada petang Jumaat susulan pertambahan jumlah mangsa banjir.

Semasa melakukan tinjauan di PPS Debak pada pagi Sabtu, Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengarahkan pihak Jabatan Kesihatan untuk membuat ujian saringan kesihatan kepada semua mangsa bagi memastikan kesihatan semua mereka dalam keadaan baik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut mendengar taklimat ringkas daripada agensi-agensi selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Betong dalam menangani bencana banjir yang berlaku sejak semalam.

Sebagai tanda keprihatinan, Datuk Amar Douglas telah menyampaikan bakul makanan kepada mangsa yang telah disalurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong.

Selain itu, beliau turut memuji dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir yang berlaku di Debak di atas kecekapan dan kerjasama yang diberikan bagi membantu mangsa terjejas.

Dalam masa sama, Datuk Amar Douglas juga turut mengulas berkenaan dengan projek tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan.

Beliau berharap dengan siapnya projek ini nanti, akan mampu mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di Debak saban tahun.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga ADUN Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu dan tetamu lain

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *