Kaedah penyediaan Baju Melayu supaya lebih berkualiti – ARM Design Collection

Baju Melayu Wafiy direka untuk keselesaan dan kepuasan – ARM

Pernahkan anda melihat bagaimana proses untuk menyediakan sepasang Baju Melayu yang selesa digayakan? Mungkin pernah dan mungkin tidak pernah kan.. Ramai juga di antara pereka pakaian Baju Melayu ini menyediakan “Pola” untuk paduan penggiat lain. Ada juga yang menjual Pola tersebut yang mana ukuran mengikut ukuran mereka sendiri.

POLA Baju Melayu Moden – ARM

Berikut adalah antara panduan asas bagaimana menyediakan baju melayu dengan lebih mudah dan sangan selesa dipakai. Baca sehingga habis untuk memudahkan untuk anda lebih faham.

Pemilihan kain yang sesuai membuatkan Baju Melayu lebih cantik, kemas dan selesa dipakai – ARM

Pertama sekali adalah Perancangan dan Pemilihan Kain yang sesuai. Pemilihan kain yang digunakan biasanya adalah kain tenun atau kain yang sesuai untuk baju Melayu seperti kain Valentino Soluna, Pearl Skin, Paloma dan cotton. Pemilihan Warna dan corak kain dipilih mengikut kesesuaian dan keinginan anda dan orang lain.

Kain jenis satin juga sesuai – ARM

Selain daripada pemilihan kain, potongan Kain mengikut Pola dan Pengukuran baju melayu yang telah direka oleh anda. Kain dipotong mengikut bahagian baju seperti badan depan, badan belakang, lengan, poket, pesak (untuk baju tradisional) dan lain-lain.

Potongan POLA perlu lebih teliti untuk mengelakkan ukuran tidak sama – ARM

Selepas potongan kain dibuat mengikut pola yang telah ditetapkan, jahitan asas untuk bahagian-bahagian yang telah dipotong dijahit bersama-sama mengikut susunan yang betul dan pastikan jahitan perlu kemas dan teratur. Tambah hiasan seperti sulaman atau aksesori seperti butang atau hiasan manik sesuai dengan rekaan yang diingini.

Proses menjahit perlu persediaan yang rapi – ARM

Selepas semua bahagian telah dijahit dengan kemas, pemeriksaan Kualiti Baju Melayu untuk memastikan jahitan, ukuran, dan kualiti keseluruhan memenuhi standard yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat kecacatan atau tersalah jahit, pengubahsuaian terakhir perlu dibuat bagi menjaga kualiti pakaian anda.  Sekiranya ada keperluan, penyesuaian terakhir dibuat sebelum baju dianggap siap.

Pemeriksaan Saiz perlu dilakukan untuk mengelakkan pakaian baju melayu anda rosak atau saiz baju dan seluar berbeza – ARM

Dan yang terakhir, baju-baju yang telah siap dan mengikut standart yang telah ditetapkan perlulah dibuat pengasingan mengikut saiz dan jenis untuk proses penghantaran kepada pelanggan. Kebiasaan situasi ini adalah kilang yang menyediakan perkhidmatan pukal kepada pelanggan.

Selepas itu barulah proses untuk menjual produk anda kepada pelanggan berjalan. Kebiasaannya tempoh untuk menyiapkan 1000 pasang baju melayu adalah di antara 14 hari sehingga 16 hari sahaja bergantung kepada rekabentuk baju yang dibuat.

Semoga dengan apa yang dikongsikan ini dapat memberi petunjuk kepada anda yang masih baru dalam bidang jahitan atau bidang peniagaan pakaian baju melayu ini.

Untuk melihat rekabentuk baju melayu yang ada, anda bolehlah melayari media social ARM Design Collection dan boleh klik link ini https://linktr.ee/armdesigncollection Jangan lupa follow page dan channel ARM Design Collection.

Sekian, terima kasih

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *