“Baju Melayu: Memahami Keunikan dan Kelebihannya”

Baju Melayu Moden @ Slim Fit ARM Design Collection – ARM

“Baju Melayu, merupakan pakaian tradisional yang melambangkan kekayaan budaya Melayu, tak hanya sekadar pakaian, tetapi sebuah warisan berharga yang terus dijunjung tinggi dalam sejarah dan identiti masyarakat Melayu. Memiliki keindahan yang mendalam dalam rekabentuk, baju Melayu menjadi simbol kebanggaan akan warisan yang dipelihara dengan penuh kecintaan.

Reka bentuk baju melayu moden sesuai untuk golongan muda – ARM

Baju Melayu adalah bahagian penting dari pakaian tradisional di beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Pakaian ini mencerminkan kemewahan seni, keterampilan, dan keindahan khas yang dipersembahkan melalui berbagai motif, bahan, serta proses pembuatannya yang memakan waktu.

Pelbagai warna untuk semua

Dikenali dengan design yang longgar dan elegan, baju Melayu memberikan kenyamanan dalam pemakaian seharian, serta kesan yang lebih menarik digayakan dengan aksesori yang sesuai. Perkembangan fashion telah membawa baju Melayu dari design klasik hingga ke design moden, daripada longgar ke ketat sedikit untuk menunjukkan kepada keselesaan si pemakai tetapi tetap mempunyai undur-unsur tradisional dengan elemen moden dan kombinasi harmoni.

Setiap perincian pada baju Melayu, mulai dari pemilihan material, design hingga hiasan tradisional seperti sulaman, songket atau batik yang memiliki makna mendalam yang mencerminkan dari kebudayaan dan nilai-nilai yang dipegang teguh oleh masyarakat Melayu.

Diantara Koleksi samping di Butik ARM Design Collection

Melalui penerangan tentang baju Melayu, kita dapat merasai keindahan dan mendalami sejarah serta keseragaman. Inilah menjadikan baju Melayu tidak hanya sebagai pakaian, tetapi ianya juga dijadikan sebagai penerangan kepada identiti dan warisan yang tak ternilai harganya.”Eksesori yang paling menampakkan penerampilan kepada si pemakai adalah samping. Pilihan warna samping juga memainkan peranan yang penting.

Diantara baju melayu yang menepati cita rasa ramai untuk masa kini adalah rekaan daripada Butik ARM Design Collection. Di antara design-design yang disediakan adalah seperti Baju Melayu Tradisional, Baju Melayu Regular Fit dan Baju Melayu Slim Fit.

Baju Melayu tradisional ini merupakan design baju lama yang mempunyai pesak. Ukuran design tradisional ini adalah longgar dan di antara design kesukaan orang-orang lama atau yang lahir di antara tahun 1950-1960 an.

Baju melayu regular fit pula adalah merupakan baju melayu yang masih mengekalkan rekabentuk baju melayu lama tetapi tiadak mempunyai pesak. Poket 3 masih sama tetapi ukurannya adalah sedikit kecil daripada baju melayu tradisional.

Manakala baju melayu moden atau baju melayu slim fit banyak perbezaan dengan baju melayu tradisional kerana tiada pesak dan mempunyai poket satu sahaja di bahagian atas. Dibahagian bawah pula tiada poket. Baju ini boleh digayakan dengan seluar slack atau seluar lain selain daripada seluar baju melayu iyu sendiri.

Ini adalah yang dikatakan Gaya Masa Kini yang menjadi Motto kepada Butik ARM Design Collection. Baju Melayu Slim Fit ini mempunyai penggemas tersendiri iaitu diantaranya adalah golongan muda bawah 30 an dan menjadikan baju melayu ini digemari ramai.

Untuk melihat rekabentuk baju melayu yang ada, anda bolehlah melayari media social ARM Design Collection dan boleh klik link ini https://linktr.ee/armdesigncollection. Jangan lupa follow page dan channel ARM Design Collection.

Sekian, terima kasih..

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *