Sumbangan terdahulu daripada ARM kepada Agensi Kerajaan – ARM
KUCHING – Julung kalinya ARM membuat Majlis Sambutan Hari Lahir pada bulan Disember yang melibatkan pengikut di laman sosial Man Bintawa dan FB Page ARM Design Collection HQ. Sambutan tersebut akan diadakan di Butik ARM Design Collection Kuching pada 31 Disember 2023 jam lebih kurang 5:00 petang.
Hantaran pertama dari Team ARM – ARM
Pada 5 Disember yang lepas, Man Bintawa telah memuatnaik satu hantaran “Ucapan Selamat Hari Lahir” kepada yang menyambut hari lahir pada bulan Disember. Hantaran tersebut mendapat sambutan dengan 119 share 50 komen dan 55 Like daripada peminat dan pengikut di laman sosial. Tidak kurangnya komen dan share di FB Page ARM Design Collection HD pun boleh tahan juga.
1.4K views untuk hantaran Reels – ARM
Hantaran kedua dibuat pada 18 Disember berupa video Reels mendapat tontonan sebanyak 1.4k. Wah, memang meriah sambutan kali pertama ini. In sya allah program seperti ini akan diteruskan lagi untuk bulan-bulan yang akan datang.
Ramai yang mencari link google untuk pendaftaran – ARM
Yang paling menarik minat ARM adalah dengan permohonan di dalam google form yang disediakan teramatlah ramai yang mohon. Pihak yang dipertanggungjawabkan mengendalikan program ini adalah Team Marketing. Mereka mula pening juga nak pilih siapa yang layak dan siapa yang tidak. Semuanya berpandukan kepada syarat yang ditetapkan oleh ARM sendiri.
Ramai lagi yang di dalam dilema – ARM
Sehingga ke hari ini, seramai 89 orang yang telah dipilih daripada 230 permohonan. Kepada anda yang terpilih dan telah menerima e-mail daripada ARM, diucapkan ribuan Tahniah. Jumpa anda pada 31 Disember 2023 jam 5 petang di Butik ARM Design Collection Kuching. Kemukakan e-mail yang anda terima dan anda boleh collect hadiah yang dijanjikan.
Siap sedia menunggu penerima – ARM
Dengan setiap perkongsian ini sekiranya dapat dikongsikan dengan mereka yang lebih memerlukan ainya akan lebih bermanfaat dan insya allah rezeki yang tidak disangka-sangka akan datang tidak kira masa dikemudian hari.
Sekian.
Untuk melihat rekabentuk baju melayu yang ada, anda bolehlah melayari media social ARM Design Collection dan boleh klik link ini https://linktr.ee/armdesigncollection Jangan lupa follow page dan channel ARM Design Collection.