Tengku Hassanal Berangkat Pulang Selepas Lawatan Rasmi Lima Hari Di Sarawak

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berlepas ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan lima hari ke Sarawak

KUCHING: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Pahang, pada Jumaat.

Ini selepas Baginda menamatkan lawatan rasmi selama lima hari di Sarawak bermula 15 Januari lalu.

Pesawat khas yang membawa figura Diraja itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) tepat jam 12.20 tengah hari menuju ke Pangkalan Udara Subang.

Keberangkatan pulang Tengku Hassanal diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak selaku Menteri Pengiring, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee serta beberapa kenamaan yang lain.

Terdahulu, Baginda berkenan mencemar duli ke santapan pagi bersama agensi-agensi berkaitan di hotel sebelum berangkat ke Terminal VVIP LTAK.

Gambar Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas lawatan 5 hari di Sarawak.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *