Kongsi Rezeki ARM berjalan dengan lancar semalam. Reaksi penerima memang padu..

Keadaan sebelum Majlis penyerahan berlangsung – ARM

KUCHING – Majlis penyerahan hamper hari lahir pada bulan Disember berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran daripada pelbagai usia ke Butik ARM Design Collection Kuching yang terletak di dalam Mall Metrocity Square Matang dengan harapan “Mereka dihargai” dan merupakan orang yang bertuah kerana terpilih. Alhamdululillah, Man Bintawa sendiri mengucapkan Ulang Tahun Kelahiran kepada mereka. Sungguh teruja dan seronok melihat telatah mereka.

“Kamek sik pernah dapat hadiah hari lahir daripada sapa-sapa sepanjang hidup kmk, sehinggalah ARM POST di dalam Media Sosial Facebook ingin memberi hadiah hari lahir kepada yang lahir pada bulan Disember, kamek cuba ajak.. Alhamdulillah terpilih..” – Fauziah Majid

Pihak pengurusan ARM memilih penerima hadiah hari jadi mengikut kreateria yang telah dicadangkan oleh ARM, jadi permohonan yang diterima adalah sebanyak 752 permohonan. Sangat memberansangkan dan ramai juga yang lahir pada bulan Disember ya oo..

“Kitak orang nang best… Sporting dan datang dengan harapan dihargai..kata ARM

Terserlah kegembiraan Wan bila menerima hadiah hari lahir – ARM

Ya, salah seorang penerima hadiah hari lahir adalah sama samaran Facebook “Wan Love Nadia” juga datang seawal 3:50 petang dengan harapan dan perasaan yang cukup gembira kerana telah menerima hadiah hari lahir daripada ARM. Panjang cerita kami sebenarnya, dia merupakan sahabat ARM dan kami telah mengenali antara satu sama lain sekitar 25 tahun yang lepas. Kami bekerja di tempat sama pada masa sekitar tahun 1998 di salah sebuah syarikat Sara Urus Harta yang menguruskan Bangunan Riverside dan Sarawak Plaza. Masa tu kedua-dua bangunan ini menjadi tumpuan remaja dan juga boleh dikatakan tumpuan umum pada masa tersebut. Kerja demi sesuap nasi dengan menerima gaji sekitar RM8 sehari sahaja tapi kami cukup gembira kerana persekitaran tempat kerja sangat menarik. di situlah kami kenal sehinggalah sekarang.

“Memperkenalkan produk Butik beliau di mata masyarakat setempat dan sekali gus membuat persediaan untuk Hari Raya yang tidak lama lagi.

Sebenarnya bukan hadiah tu yang menjadi persoalan tapi talian persahabatan dan tanda menghargai semua pengikut di Media Sosial Facebook Man Bintawa sebenarnya. Program seperti ini jarang-jarang dilakukan di sini. Walaubagaimanapun, ini adalah permulaan bagi ARM untuk mengorak langkah dalam memperkenalkan produk Butik beliau di mata masyarakat setempat dan sekali gus membuat persediaan untuk Hari Raya yang tidak lama lagi.

ARM berpendapat bahawa program ini akan dilaksanakan setiap bulan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat setempat bahawa ARM bukan sahaja membuat kontant tetapi berkongsi rezeki yang diperolehi oleh ARM kepada pengikut-pengikut beliau dan secara tidak langsung akan menaikkan nama Butik ARM Design Collection di pentas Fashion dan akan menjadi produk tempatan tempatan Sarawak sendiri.

Hari Lahir si Kecil menjadi tumpuan – ARM

Terdapat banyak lagi gambar-gambar yang telah diambil bagi menjadi kenangan kepada semua penerima. ARM telah postkan ke dalam FB Man Bintawa dan anda semua bolehlah melihat gambar-gambar anda yang telah dirakamkan.

ARM akan membuka kepada 100 orang yang terawal sahaja dengan memberi tawaran pendaftaran PERCUMA

Dikesempatan itu juga, ARM membuka peluang kepada semua pengikut di Media Sosial Man Bintawa untuk menyertai ARM dengan mendaftar sebagai Dropship bagi menambah pendapatan di musim perayaan nanti. Kepada yang ingin mendaftar, ARM akan membuka kepada 100 orang yang terawal sahaja dengan memberi tawaran pendaftaran PERCUMA. Selepas itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 untuk seumur hidup. Jadi rebut peluang ini ya.. Untuk mendaftar boleh klik link ini https://forms.gle/cJ3gq7xvdq7JsjSu8

Semoga dengan perkongsian daripada ARM akan menjadi kenangan kepada setiap penerima hadiah hari lahir nanti. Kita akan teruskan untuk bulan-bulan yang akan datang bagi menarik minat kepada semua untuk terus mengikuti di laman sosial ARM Design Collection HQ dan Man Bintawa.

Sekian, Terima kasih

Untuk melihat rekabentuk baju melayu yang ada, anda bolehlah melayari media social ARM Design Collection dan boleh klik link ini https://linktr.ee/armdesigncollection Jangan lupa follow page dan channel ARM Design Collection.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *