13 Kedai Makan Sedap Di Kampung Baru — Utk Cuti Best & Makanan Padu

Pintu Gerbang Kampung Baru Kuala Lumpur – ARM

Bila cerita tentang makan sedap kat Kuala Lumpur, tempat nombor satu yang ada dalam kepala orang Melayu mestilah Kampung Baru.

Untuk anda yang datang dari luar Kuala Lumpur, Kampung Baru ini syurga tempat makan, dari selera Melayu, Siam dan Western.

Pada 23 Disember lepas, saya bersama team ARM telah datang melawat di sekitar Kampung Baru. Kami pergi sebelah malam memang ramai pengunjung yang datang untuk makan, keadaan sesak juga tapi semua kenderaan bergerak kerana kat sini banyak tempat letak kereta disediakan. Tapi tempat letak kereta berbayarlah.. RM5 untuk 3 jam parking.

Kami dah masuk semua kedai makan yang kami rasa makanan best-best. Ada lagi kedai makan yang lain, tapi itu kami akan review kemuduanlah yerr..

Let go !!

Makanan Melayu & Thai

Selain makanan Utara dan Kelantan, Kampung Baru ada banyak kedai makan Siam yang best dan power-power. Nak nasi lemak pagi buta pun ada.

1. Suraya Seafood

Di antara makan yang biasa menjadi tumpuan – ARM

Ini antara kedai makan paling sedap kalau nak makan lauk Siam kat Kampung Baru. Tom yam, ikan 3 rasa, somtam atau pulut mangga memang antara yang selalu orang order kat sini. Nak yang ringan, boleh cuba kerabu maggi. Harganya pun sedang-sedang sahaja. Kedai ini kalau datang nak makan malam hujung minggu, memang ampun. Payah nak parking kereta dan dapat meja.

Tips : Kedai asal sgt viral sampai ownernya buka 2 lagi Suraya Seafood (dekat Masjid Jamek Kg Baru). Boleh pi sana sebagai alternatif. Parking ada kat belakang kedai (RM 5 utk 3 jam).

Lokasi : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 3:30 ptg – 1 pg

2. Kak Som

Kalau lapar tengah pagi buta, boleh terjah kedai Kak Som yang buka 24 jam ini. Kedai ini sebelah dengan Suraya jerr..Untuk makan tengahari, kedai lauk Kelantan ini ada laksam, nasi kerabu dan juga nasi dagang. Kalau tak mahu semua itu, ada lauk lain yang boleh pilih buat makan dengan nasi putih. Kedai Kak Som ini juga ada banyak kuih sedap juga — dari pulut panggang sampailah yang popular kat Kelantan macam akok.

Lokasi : 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 24 jam

3. Nasi Lemak Wanjo

Nasi Lemak Wan Jo dihidangkan bersama pelbagai lauk – ARM

Kedai nasi lemak yang ada sejak tahun 1960an ini masih lagi dikatakan sedap macam dulu. Macam biasa, ada lauk extra untuk kasi power. Paru, ayam goreng sampailah ke sambal sotong dan kerang. Harga nasi lemak biasa kat Wanjo bermula dari RM 3.50. Kalau tak suka yang ini, ada kedai nasi lemak popular lain lagi kat Kg Baru. Boleh cuba Nasi Lemak Antarabangsa dan Nasi Lemak CT Garden. Yang nak makan nasi lemak pagi buta, boleh try Nasi Lemak Kak Chuk (buka mulai 2 pagi).

Lokasi : 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 6:30 pg – 12 tgh mlm

4. Rosdet Tomyam

Sentiasa menjadi tumpuan kerana ada nasi air – ARM

Ini kedai yang ada lauk Siam dan Kelantan. Jadi kalau nak cari nasi air dengan lokching masa cuti kat KL, boleh try Rosdet Tomyam. Tapi sebab dah nama Rosdet Tomyam, kena cuba tomyamnya dulu sebelum order benda lain. Kedai ini  buka dari petang lagi. Jadi kalau tak sanggup sangkut jem, boleh datang sini untuk makan malam awal sikit.  Macam biasa kat kedai Siam, pulut mangga kena cuba.

Lokasi : 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit

Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 2:30 ptg – 1:30 pg

5. Selera Ramai Ikan Singgang

Selera Ramai Ikan Singgang cicah budu – ARM

Mengidam ikan singgang? Kedai ini dan juga deretan kedai makan tepinya semua ada singgang. Tapi, kedai Selera Ramai ini dah bertapak sejak 2012 dan ikan singgang yang dimasak gaya Kelantan. Bila dah order singgang, jangan lupa makan dengan budu, ulam dan ikan rebus goreng. Kalau member yang follow tak minat singgang, dia boleh cuba sotong, kerabu kaki ayam atau lidah goreng.

Lokasi : 46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 6:30pm – 3 pg

6. Restoran Gerak 23

Ikan Bakar cicah air asam pon ada – ARM

Mengidam nak makan masak lemak? Restoran Gerak 23 ini jawapannya. Kat sini yang best ialah itik salai masak lemak cili api. Sebut menu pun dah rasa kecur nak ke sini. Kalau tak minat yang itu tak apa. Sebab kat sini lauk campurnya banyak. Kalau ikut kata ownernya, ada 80 jenis lauk yang boleh dipilih. Kalau datang dengan mak ayah, depa seronok sebab ulam pun ada dekat 30 puluh. Senang cerita, kalau tak tahu nak makan apa tengah hari, datang sini. Sah-sah ada benda yang berkenan kat hati.

Lokasi : Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 8 mlm

Makanan Indonesia

Kalau dah bosan makan nasi Malaysia, apa kata kita pekena pula nasi dari seberang, yang salunya lauk hampir sama tapi ada sambal pedas dan bumbunya yang buat dia power.

7. Restoran Nasi Padang Kg Baru

Nasi padang – ARM

Peminat nasi Minang boleh datang kat sini untuk layan rendang gaya Padang. Memang ada beza dengan yang Malaysia punya. Kalau datang untuk tengahari Jumaat, boleh bayar RM10 untuk set makan sampai kenyang. Macam biasa, parking kat sini, memang siksa. Nasib baik kedai ada aircond dan selesa.

Lokasi : 123, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 10 mlm

8. Masakan Padang Asli Kampung Baru

Nasi Padang Asli – ARM

Ini satu lagi kedai lauk Padang yang ada kat Kampung Baru. Kalau dah biasa dengan Dendeng Daging dan Rendang Paru, boleh cuba Gulai Lemak Urat pula. Cuma kedainya taraf warung dan harganya sedikit tinggi. Parking? Memang susah. Apapun, jangan lupa pekena cuba termasuklah jus avocado alpukat.

Lokasi : Lorong Muda Abdul Aziz, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 9 mlm

9. Ayam Bakar Wong Solo

Kalau tak tahan pedas jangan makan – ARM

Nak rasa ayam penyet yang dikatakan asli macam kat Indonesia? Cuba sini dulu. Ini pun tak jauh dari Suraya. Jadi fahamlah anda yang belum sampai sini, mengapa kawasan jalan area ini sesak ya amat. Banyak kedai popular dalam lorong yang sama. Makan sambal tu sikit-sikit dulu.Takut habis duit beli air je nanti. Pedas ya amat. Kalau saya memang tak makan pedas.

Lokasi : 57, Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Waktu Operasi : Setiap Hari : 11 pg – 10:30 mlm

Makanan Western

Selain kedai Melayu dan Siam, ada kedai makan sedap kat Kg Baru yang jual makanan Western. Kat bawah ini kedai sedap dan popular.

10. Pekan Station

Pekan Station nie ramai penggemar western datang. View KLCC – ARM

Kedai makan Western kat Kampung Baru Kuala Lumpur ini terkenal bukan sahaja sebab lauknya yang sedap tapi sebab saiz portion yang besar. Satu hidangan boleh makan 2 orang. Kalau dah bosan dengan apa jenis lamb chop, boleh try chicken boxing. Kedai ini buka petang sampailah tengah malam. Jadi boleh datang sini untuk makan malam kat Kg Baru. Pemandangan pun boleh layan, sebab boleh nampak KLCC.

11. HR Steak House

Harga sangat berbaloi – ARM

Tempat makan ini tarafnya up sikit dari banyak tempat makan yang sedap-sedap kat Kampung Baru. Harganya pun murah untuk kedai Western. Yang penting servis laju (mungkin sebab ada hidangan dah dimasak awal). Kat sini jangan lupa order lamb chop. Macam biasa, parking memang susah nak dapat. Kena parking jauh dan jalan kaki sikit. Pergi lapar balik pon lapar.

12. Satay KL

Pemandangan padu – ARM

Walaupun signboardnya tulis Satay KL, tempat ini bukan sahaja ada sate, tapi juga makan Western dan nasi. Kedai ini dikatakan warisan dari kedai Satay Wak Senin di Keramat yang popular dulukala. Selain satay, boleh juga try chicken chop dan juga mee rebusnya. Kedai sate ini terperuk sikit. Jadi pastikan buka Waze untuk makan malam kat sini.

Lokasi : Lot 1439 A, Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kg Baru

Waktu Operasi : Tutup Ahad| Hari Lain : 4:30 ptg – 11 mlm

13. Apam Balik Nusantara

Warung Apam Balik – Gambar Hiasan

Warung apam balik Nusantara ini kecil sahaja. Kat sini ada banyak pilihan apam balik. Yang biasa, bermula dari RM 4.50. Dan kalau nak yang lebih umphh, boleh pilih apam balik lain macam jagung coklat sampailah ke jagung durian. Kalau nak kurang manis, bagitahu awal. Dan kat sini, semua apam baliknya jenis tebal. Apam balik nipis crispy tak ada.

Lokasi : Lot 14, Jalan Hamzah, Kg Baru

Waktu Operasi : tidak pasti

Okay tak informasi kali ini? Ada beberapa lagi kedai makan sedap kat Kampung Baru, Kuala Lumpur ini yang team kami tak masukkan lagi. Bukan apa, yang 13 kedai makan kat atas pun dah puas untuk anda cuba. Bermula dari sarapan, makan tengahari hinggalah malam semua ada di dalam Kg Baru Kuala Lumpur.

Kalau ada kedai sedap lain dari yang ada kat atas ini, boleh share dan komen ya. Insya Allah lepas nie team ARM akan datang review.

Cara Datang Kampung Baru :

Paling Mudah – Naik Grab atau naik Tren – Turun di stesen LRT Kampung Baru dan kalau nak pergi lapar balik pun lapar Jalan Kaki – Ambil jambatan Saloma Link dari KLCC

Untuk menyaksikan pemandangan di waktu malam dan suasana sekitar Kampung Baru Kuala Lumpur boleh tengok di dalam video di bawah.

Video Penuh masa aku jalan-jalan cari makan di Kampung Baru – ARM

Semoga bermanfaat.

Untuk melihat rekabentuk baju melayu yang ada, anda bolehlah melayari media social ARM Design Collection dan boleh klik link ini https://linktr.ee/armdesigncollection Jangan lupa follow page dan channel ARM Design Collection.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *