Isu Kicap Mahsuri Tiada Status Halal

Kicap Mahsuri bukan buatan orang Islam

Pastinya tidak lengkap jika makan nasi lauk telur goreng tanpa kicap dan kini terdapat pelbagai jenama kicap terjual di pasaran salah satunya kicap Mahsuri.

Namun baru-baru ini, timbul satu dakwaan daripada seorang wanita menerusi satu video di TikTok yang mendakwa kicap Mahsuri merupakan produk buatan orang bukan Muslim dan beliau juga meragui status halal kicap jenama ini halal atau haram (syubhah) untuk dimakan.

Susulan tularnya video tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ubaaidahali tampil untuk memberi penjelasan dengan bukti kukuh bahawa kicap Mahsuri sebenarnya produk yang halal dimakan dan telah menerima sijil status Halal Malaysia yang disahkan oleh JAKIM di bawah syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd.

Kecewanya apabila wanita tersebut turut ‘menuding jari’ dan memfitnah bahawa kilang pemprosesan produk syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. diragui kesuciannya dari segi kebersihan penghasilan produk dan urusan jual beli kerana ia kononnya merupakan perniagaan orang bukan Muslim.

“Bila kita sebut orang Cina ni faham-faham je (saja) lah thaharah (kebersihan) dan mualamatnya (urusan jual beli) macam mana,” ujar wanita tersebut.

Ini jelas telah menimbulkan fitnah dan ‘sudah terang lagi bersuluh’ kerana pihak JAKIM sendiri yang mengiktirafkan serta menguruskan pemberian sijil halal kepada Mahsuri Food Sdn. Bhd.

Susulan itu, @ubaidahali mengemaskini untaian (thread) Twitter miliknya hari ini dengan memuat naik foto yang bertulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahsuri Food Sdn. Bhd. berhubung isu keraguan status halal seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.

Oleh itu, orang ramai terutamanya wanita tersebut dinasihatkan supaya jangan menyebarkan berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan isu halal dan haram makanan kerana ia amat sensitif bagi orang Islam.

Berharap wanita tersebut segera sedar dengan kesilapan yang beliau lakukan dan memohon maaf secara terbuka kepada JAKIM dan Mahsuri Food Sdn. Bhd. kerana telah menimbulkan fitnah dalam kes ini.

Ini adalah Video yang menjelaskan berkenaan dengan kedudukan HALAL Kicap Mahsuri.

Penjelasan yang sangat jelas dan kepada semua pengguna kicap ini teruskan support produk tempatan.

Sumber : https://thevocket.com/tular-dakwaan-status-halal-kicap-mahsuri-meragukan-lelaki-ini-tampil-jelaskan-perkara-sebenar

Sumber : Youtube ML Studios 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *